Showing posts with label Madah merapu. Show all posts
Showing posts with label Madah merapu. Show all posts

Saturday, July 12, 2014

Rindu Bertamu

Setelah sekian lama ruangan ini ditinggalkan. Sudah berbulan. Mungkin bertahun.

Sekarang sudah tamat pengajian di UPSI. 4 tahun yang berlalu; pelbagai manis dan pahit.

dan sepanjang itu jua, banyak coretan yang tidak dilakarkan disini. Hanya disimpan di memori, mengenangya seorang diri.

Usia dan pengalaman itu mematangkan.

Ya. Proses kehidupan itu berjalan.

Seiring dengan kisah kehidupan.

 

C360_2014-06-05-18-39-30-598

Yang tidak terjangka, yang seakan terjangka. Semua itu diadun menjadi pengajaran buat pedoman diri ini.

Dalam pada itu, seketika saya berpaling pada masa lalu.

Mengenang kenangan yang manis,

oh..indah juga. Tersenyum saya sendiri.

Kemudian berpaling lagi, melihat yang pahit.

Tersenyum jua kerana yang pahit itu mengajar saya untuk berdiri. Sementelah itu saya tersenyum sendiri jua. Ya, optimis yang saya semat di hati.

Semoga coretan ini akan berterusan lagi, di sini, di hamparan Miss Greeny.

Friday, September 6, 2013

Semester Bermula

Tinggal beberapa hari lagi untuk semester bermula.

InsyaAllah, semester ini semester yang terakhir bergelar mahasiswa. Terasa sekejap masa berlalu.

Bakal meninggalkan bumi murobbi yang penuh dengan coretan dan kisah.

Punya FYP yang perlu disiapkan. Seminggu datang awal harapanya utk menyiapkan FYP, namun harapan yang tinggal harapan. Huuu~ Progress yang tidak seberapa. Teruskan semangatmu wahai Afifah Naziha!

Menurut pakcik John Gray:

“Lelaki punya gua mereka tersendiri, wanita pula punya perigi”

Dan saat ini, seminggu ini dilalui terasa bagai berada di perigi.

Melihat ke atas, awan gelap memenuhi dinding langit.

Bagaikan tergiang-ngiang suara di luar perigi, yang penuh dengan harapan dan nasihat agar saya keluar dari perigi ini.

Namun saya bagaikan terperuk di sini. Menanti mendung di awan berlalu pergi. mengharap sinar mentari menyinari.

Agar mentari bisa mengubati hati yang tersakiti,

yang dilukai.

Ku pohon pada Ilahi,

agar rasa ini diubati,

Semangat, semangat, semangat!

Tuesday, January 1, 2013

kembali ke daerah ini

sepeninggalan ku dari daerah ini..
tiada apa yg berubah dari posisi..

ku terus berlari..
berlari dan berlari..
berlari mencari erti..

ku mula muhasabah diri..
mencari khilaf diri..
dan jawapan yg ku temui..
kecewa yg melanda diri..

namun hidup perlu dijalani
bak kata si kelly
kadang perlu utk kita pekak dan tuli
kerana masing2 hanya peduli diri sendiri

dan jawapan yg ku perolehi..
mgkin sampai disini..
jawapan yg ku sendiri tdk pasti..

dan akhirnya terperuk lg ku disini..
menangisi kesedihan di hati..

bertahan la duhai hati..
usah d tangisi hal2 yg kecil..
agar dirimu menjadi setabah Zainab al-Ghazali..
yg berjuang tnpa mengenal erti diri disakiti

dan coretan ini
akan bersambung lagi
sehingga diriku mati
dihamparan miss greeny..
ku luahkan rasa di hati..



Wednesday, December 26, 2012

sensitif dalam hati


perihal hati yang terluka..
aku mula mecari kamu wahai miss greeny..
walau kamu yang aku cari, namunku tahu..Allah jua yg Maha Mengetahui..
sudah jadi fitrah buat manusia spt aku..
mencari tempat utk dikongsi perihal hati..

adat bersahabat..
tidak semua yg dapat dipenuhi..
kadang ketika..
mugkin ada yg terguris..
mungkin ada yang terluka..
namun ketahuilah sahabat..
tiada niat utk aku lakukan begitu..

mungkin mood exam yg mula menjengah..
jiwa dan fikiran yg tidak menentu..

dan aku yakin..
biarkan saja masa berlalu..
mungkin ada baiknya begitu..
harus berdiam diri buat seketika..
biarkan masa yg jadi penentu..

sayang sahabat demi Allah.! ♥♥♥

Thursday, December 8, 2011

Kisah Sang Hati


hati itu sifatnya bebolak balik. ada ketika rasanya manis, ada ketikanya rasanya masin dan masam. pelbagai rasa yang dirasa. begitulah kehidupan. penuh suka dan duka. sang hati jua yang menanggung derita. derita di hati tidak siapa yang tahu. memendam rasa dan sengketa.
dikala hati mula resah gelisah, manusia akan mula mencari makna. mencari makna yang dapat melunaskan perasaan yang ada. namun, dalam mencari, jalan yang dilalui seakan tidak selari. mula berbisik sang hati, tiada yang memahami.
mencari dan terus mencari agar ada insan yang memahami, namun, tidak juga ditemui. pencarian tetap diteruskan, mula mendongak ke langit Ilahi. mengharapkan belas Ilahi. namun, kecewa yang ditemui. kecewa melanda, seolah-olah, Ilahi tidak mendengari.
oh, begitulah hati. bongkak dengan Ilahi. melupai nikmat dari Ilahi. tidak disedari, bukankah hati itu juga kurniaan Ilahi? lupa dan alpa akan Tuhan disisi. mula mencari ruang-ruang menjauhkan diri dari Ilahi. larilah sejauh langkah, tidak akan mampu jua kau langkahi.
lupakah dikau dengan janji Ilahi..? hadi Qudsi yang berbunyi "Aku bersangka sepertimana y Hamba Aku Sangka"
Janji Allah itu pasti ! usah ragui wahai hati.!
bukan Allah xtahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIa mahu krn Dia tahu,
hati sebeginilah yg selalu lunak dan mudah untuk dekat dan akrab padaNya.
ALWAYS_SMILE_by_Kaela16