Saturday, July 12, 2014

Rindu Bertamu

Setelah sekian lama ruangan ini ditinggalkan. Sudah berbulan. Mungkin bertahun.

Sekarang sudah tamat pengajian di UPSI. 4 tahun yang berlalu; pelbagai manis dan pahit.

dan sepanjang itu jua, banyak coretan yang tidak dilakarkan disini. Hanya disimpan di memori, mengenangya seorang diri.

Usia dan pengalaman itu mematangkan.

Ya. Proses kehidupan itu berjalan.

Seiring dengan kisah kehidupan.

 

C360_2014-06-05-18-39-30-598

Yang tidak terjangka, yang seakan terjangka. Semua itu diadun menjadi pengajaran buat pedoman diri ini.

Dalam pada itu, seketika saya berpaling pada masa lalu.

Mengenang kenangan yang manis,

oh..indah juga. Tersenyum saya sendiri.

Kemudian berpaling lagi, melihat yang pahit.

Tersenyum jua kerana yang pahit itu mengajar saya untuk berdiri. Sementelah itu saya tersenyum sendiri jua. Ya, optimis yang saya semat di hati.

Semoga coretan ini akan berterusan lagi, di sini, di hamparan Miss Greeny.

Friday, September 6, 2013

Semester Bermula

Tinggal beberapa hari lagi untuk semester bermula.

InsyaAllah, semester ini semester yang terakhir bergelar mahasiswa. Terasa sekejap masa berlalu.

Bakal meninggalkan bumi murobbi yang penuh dengan coretan dan kisah.

Punya FYP yang perlu disiapkan. Seminggu datang awal harapanya utk menyiapkan FYP, namun harapan yang tinggal harapan. Huuu~ Progress yang tidak seberapa. Teruskan semangatmu wahai Afifah Naziha!

Menurut pakcik John Gray:

“Lelaki punya gua mereka tersendiri, wanita pula punya perigi”

Dan saat ini, seminggu ini dilalui terasa bagai berada di perigi.

Melihat ke atas, awan gelap memenuhi dinding langit.

Bagaikan tergiang-ngiang suara di luar perigi, yang penuh dengan harapan dan nasihat agar saya keluar dari perigi ini.

Namun saya bagaikan terperuk di sini. Menanti mendung di awan berlalu pergi. mengharap sinar mentari menyinari.

Agar mentari bisa mengubati hati yang tersakiti,

yang dilukai.

Ku pohon pada Ilahi,

agar rasa ini diubati,

Semangat, semangat, semangat!

Tuesday, August 27, 2013

Header baru

Gambar yang diambil ketika Pilihanraya Kampus yang lepas.

Tambah quote yang diambil dari page I luv Islam.

Saya ada Allah.

Saya kuat.

Saya Okay.

Tapi hakikatnya :

“ Di hadapan orang kita mungkin nampak kuat. Or we pretend

   to be strong. Tapi di  hadapan nobody know that we are with

   The Strongest. Maka siapa la kita melainkan seorang yang

   sangat fragile”

Retak. – Inspektor Sahab punya ayat.

Yeah. x dinafikan. Benar. Bukanlah kuat mana pun. Tapi cuba utk jadi kuat.

Bukanlah jiwa kental sangat pun, tapi berpura-pura kental.

Just pray for the best in the every step had taken.

Pray and pray.

Men From Mars, Women From Venus

Usai membaca buku ini. Pelbagai perbezaan yang ditonjolkan oleh John Gray antara lelaki dan perempuan.

Dalam menyoroti helaian demi helaian, pelbagai contoh dan pengalaman saya sendiri, saya cuba kaitkan. Sehinggakan saya rasa, oh, man. this is we called men??

Mempunyai 13 bab kesemuanya.

John Gray mengajar perempuan bagaimana utk berkomunikasi dengan lelaki dan bagaimana utk memahami lelaki.

Lelaki juga di ajar bagaimana anda sebagai lelaki bertindak untuk memahami perempuan.

Pendedahan yang sangat baik. Namun, tidak mungkin semua teori dan teknik yang di ajar dapat di aplikasikan sepenuhnya. Kadang-kadang sifat dan sikap itu akan terhasil dengan sendiri dan itu menyulitkan wanita utk memahami lelaki dan vise versa.

Mungkin jika berlaku konflik dalam rumah tangga saya (suatu hari nanti, insyaAllah) buku ini saya akan rujuk kembali. Sekadar peringatan bagaimana untuk mengatasi konflik. 

“ Lelaki dan perempuan itu berasal dari planet yang berbeza. Kadang kala kita terlupa bahawa awak (suami) dari Marikh dan saya (isteri) adalah dari Venus”

Buku yang sangat baik dan semoga dapat membantu saya utk membina komunikasi yg baik dalam rumah tangga kelak. Amiin.