Friday, September 6, 2013

Semester Bermula

Tinggal beberapa hari lagi untuk semester bermula.

InsyaAllah, semester ini semester yang terakhir bergelar mahasiswa. Terasa sekejap masa berlalu.

Bakal meninggalkan bumi murobbi yang penuh dengan coretan dan kisah.

Punya FYP yang perlu disiapkan. Seminggu datang awal harapanya utk menyiapkan FYP, namun harapan yang tinggal harapan. Huuu~ Progress yang tidak seberapa. Teruskan semangatmu wahai Afifah Naziha!

Menurut pakcik John Gray:

“Lelaki punya gua mereka tersendiri, wanita pula punya perigi”

Dan saat ini, seminggu ini dilalui terasa bagai berada di perigi.

Melihat ke atas, awan gelap memenuhi dinding langit.

Bagaikan tergiang-ngiang suara di luar perigi, yang penuh dengan harapan dan nasihat agar saya keluar dari perigi ini.

Namun saya bagaikan terperuk di sini. Menanti mendung di awan berlalu pergi. mengharap sinar mentari menyinari.

Agar mentari bisa mengubati hati yang tersakiti,

yang dilukai.

Ku pohon pada Ilahi,

agar rasa ini diubati,

Semangat, semangat, semangat!

Tuesday, August 27, 2013

Header baru

Gambar yang diambil ketika Pilihanraya Kampus yang lepas.

Tambah quote yang diambil dari page I luv Islam.

Saya ada Allah.

Saya kuat.

Saya Okay.

Tapi hakikatnya :

“ Di hadapan orang kita mungkin nampak kuat. Or we pretend

   to be strong. Tapi di  hadapan nobody know that we are with

   The Strongest. Maka siapa la kita melainkan seorang yang

   sangat fragile”

Retak. – Inspektor Sahab punya ayat.

Yeah. x dinafikan. Benar. Bukanlah kuat mana pun. Tapi cuba utk jadi kuat.

Bukanlah jiwa kental sangat pun, tapi berpura-pura kental.

Just pray for the best in the every step had taken.

Pray and pray.

Men From Mars, Women From Venus

Usai membaca buku ini. Pelbagai perbezaan yang ditonjolkan oleh John Gray antara lelaki dan perempuan.

Dalam menyoroti helaian demi helaian, pelbagai contoh dan pengalaman saya sendiri, saya cuba kaitkan. Sehinggakan saya rasa, oh, man. this is we called men??

Mempunyai 13 bab kesemuanya.

John Gray mengajar perempuan bagaimana utk berkomunikasi dengan lelaki dan bagaimana utk memahami lelaki.

Lelaki juga di ajar bagaimana anda sebagai lelaki bertindak untuk memahami perempuan.

Pendedahan yang sangat baik. Namun, tidak mungkin semua teori dan teknik yang di ajar dapat di aplikasikan sepenuhnya. Kadang-kadang sifat dan sikap itu akan terhasil dengan sendiri dan itu menyulitkan wanita utk memahami lelaki dan vise versa.

Mungkin jika berlaku konflik dalam rumah tangga saya (suatu hari nanti, insyaAllah) buku ini saya akan rujuk kembali. Sekadar peringatan bagaimana untuk mengatasi konflik. 

“ Lelaki dan perempuan itu berasal dari planet yang berbeza. Kadang kala kita terlupa bahawa awak (suami) dari Marikh dan saya (isteri) adalah dari Venus”

Buku yang sangat baik dan semoga dapat membantu saya utk membina komunikasi yg baik dalam rumah tangga kelak. Amiin.

Sunday, August 25, 2013

Kisah Praktikal


Alhamdulillah, sudah menjalani latihan mengajar selama 4 bulan di SMK Khir Johari di Beranang. Melalui tempoh-tempoh yang penuh dengan cabaran dan kegembiraan.
199459_199918260027967_7688130_n
Pada mulanya mahu berpraktikal di SMAP Kajang, namun Allah swt tidak mengkehendakinya. Tercampaklah saya di SMKKJ.
Sungguh perancangan Allah siapa yang tahu.
Pada mulanya hampir saja kecewa, manakan tidak, seminggu sebelum latihan mengajar, saya menelefon sekolah, katanya permohonan saya tidak di terima. Oh, gelabah dan cuak hanya Allah saja yg tahu.
Namun, hikmahnya seperti disingkap. Hari ini saya tersenyum dengan caturan Allah swt.
Optimis dan terus optimis.

Tuesday, January 1, 2013

kembali ke daerah ini

sepeninggalan ku dari daerah ini..
tiada apa yg berubah dari posisi..

ku terus berlari..
berlari dan berlari..
berlari mencari erti..

ku mula muhasabah diri..
mencari khilaf diri..
dan jawapan yg ku temui..
kecewa yg melanda diri..

namun hidup perlu dijalani
bak kata si kelly
kadang perlu utk kita pekak dan tuli
kerana masing2 hanya peduli diri sendiri

dan jawapan yg ku perolehi..
mgkin sampai disini..
jawapan yg ku sendiri tdk pasti..

dan akhirnya terperuk lg ku disini..
menangisi kesedihan di hati..

bertahan la duhai hati..
usah d tangisi hal2 yg kecil..
agar dirimu menjadi setabah Zainab al-Ghazali..
yg berjuang tnpa mengenal erti diri disakiti

dan coretan ini
akan bersambung lagi
sehingga diriku mati
dihamparan miss greeny..
ku luahkan rasa di hati..