Saturday, July 12, 2014

Rindu Bertamu

Setelah sekian lama ruangan ini ditinggalkan. Sudah berbulan. Mungkin bertahun.

Sekarang sudah tamat pengajian di UPSI. 4 tahun yang berlalu; pelbagai manis dan pahit.

dan sepanjang itu jua, banyak coretan yang tidak dilakarkan disini. Hanya disimpan di memori, mengenangya seorang diri.

Usia dan pengalaman itu mematangkan.

Ya. Proses kehidupan itu berjalan.

Seiring dengan kisah kehidupan.

 

C360_2014-06-05-18-39-30-598

Yang tidak terjangka, yang seakan terjangka. Semua itu diadun menjadi pengajaran buat pedoman diri ini.

Dalam pada itu, seketika saya berpaling pada masa lalu.

Mengenang kenangan yang manis,

oh..indah juga. Tersenyum saya sendiri.

Kemudian berpaling lagi, melihat yang pahit.

Tersenyum jua kerana yang pahit itu mengajar saya untuk berdiri. Sementelah itu saya tersenyum sendiri jua. Ya, optimis yang saya semat di hati.

Semoga coretan ini akan berterusan lagi, di sini, di hamparan Miss Greeny.