Tuesday, August 27, 2013

Men From Mars, Women From Venus

Usai membaca buku ini. Pelbagai perbezaan yang ditonjolkan oleh John Gray antara lelaki dan perempuan.

Dalam menyoroti helaian demi helaian, pelbagai contoh dan pengalaman saya sendiri, saya cuba kaitkan. Sehinggakan saya rasa, oh, man. this is we called men??

Mempunyai 13 bab kesemuanya.

John Gray mengajar perempuan bagaimana utk berkomunikasi dengan lelaki dan bagaimana utk memahami lelaki.

Lelaki juga di ajar bagaimana anda sebagai lelaki bertindak untuk memahami perempuan.

Pendedahan yang sangat baik. Namun, tidak mungkin semua teori dan teknik yang di ajar dapat di aplikasikan sepenuhnya. Kadang-kadang sifat dan sikap itu akan terhasil dengan sendiri dan itu menyulitkan wanita utk memahami lelaki dan vise versa.

Mungkin jika berlaku konflik dalam rumah tangga saya (suatu hari nanti, insyaAllah) buku ini saya akan rujuk kembali. Sekadar peringatan bagaimana untuk mengatasi konflik. 

“ Lelaki dan perempuan itu berasal dari planet yang berbeza. Kadang kala kita terlupa bahawa awak (suami) dari Marikh dan saya (isteri) adalah dari Venus”

Buku yang sangat baik dan semoga dapat membantu saya utk membina komunikasi yg baik dalam rumah tangga kelak. Amiin.

No comments: